Monday, April 25, 2011

Kesibukan Untuk Siapa?

Baba amat sayangkan kamu!

2-3 minggu ini Uichi Gaban amat sibuk dengan urusan kerja yang asyik tertangguh kerana urusan kerja yang semakin bertambah bebanannya. Dengan pula asyik tangguh beberapa perkara dengan masalah klien yang mudah itu ini sedangkan mereka lupa beberapa perkara mengenai apa pula itu ini daripada Uichi Gaban. Ada juga masyarakat kita lupa yang peguam itu kerja dan bukan hobi semata-mata.

Diselang pula dengan kesibukan kerja-kerja buruh atas menurut perintah. Silat juga tidak ditinggalkan. Satu-satunya lari daripada jadual hidup ialah surau kawasan rumah. Lama tidak menjengahnya kecuali Selasa kerana malam itu terpaksa melapangkan masa atas soal silat. Segan pula. Ada jemaah bertanya "dah pindah ke?. Lama tak nampak."

Sekadar senyum. "Itu la. semua main jarak jauh la ni. Dalam proses tukar kariah."

Dalam mengejar keperluan, kewangan, kebanggaan, kebajikan, pangkat baik kuasa pun baik, kenapa dan kerana siapa kesibukan ini diluangkan?

Adakah semuanya kerana keluarga atau kemajuan dalam kerjaya. Atau suatu kebanggaan atas nilaian kewangan semata?. Atau semua itu ketinggalan kepada anak dan generasi terkemudian.

Fikir punya fikir, semuanya boleh bertapis agar boleh membantu dan menolong di sana. 



2 komen:

Anonymous said...

eh eh..anak sapa tu..hencem nya...gigi pun lawa..

SH said...

gigi lawa hilang dah!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►