Tuesday, April 26, 2011

Guaman Sivil Diselesaikan Luar Mahkamah


Bandar Baru Bangi: Guaman tuntutan sivil ke atas seorang setiausaha hari ini diselesaikan secara penghakiman persetujuan apabila pihak Plaintif sebuah syarikat francais bersetuju dengan cadangan peguamcara Defendan, Hisham Nazir bagi menolak kesemua tuntutan Plaintif melalui Saman dan Pernyataan Tuntutan kecuali persetujuan bagi membuat pembayaran kepada jumlah terhutang asal sahaja yang kemudiannya pihak Plaintif juga bersetuju dengan cadangan peguamcara Defendan agar jumlah terhutang itu dikurangkan sebanyak RM5,000.00.

Kes yang patut dibicarakan hari ini dan tiada persetujuan penyelesaian pada sebelum ini telah menunjukkan respon yang baik daripada pihak Plaintif pada saat akhir.

Satu penghakiman persetujuan telah direkodkan ke atas persetujuan pada jumlah asal terhutang bagi pembelian item dengan penolakan RM5,000.00 dengan pembayaran ansuran selama 3 tahun.  Manakala kesemua tuntutan lain seperti yang pernah dicatatkan melalui kontrak, kerugian dan gantirugi yang lain dibatalkan dan tiada perintah kos serta faedah.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►