Isteri akan komplen, Kenapa abang selalu lupa?
Kenapa kuat sangat abang berdengkur?
Lerr.. korek hidung lagi!
Masuk tandas mesti berjam-jam abang ni.. nak buat khemah ke dalam tu?
Pakai la baju yg ni. Yang tu nampak lekeh. Kang org kata saya tak pandai jaga laki!
Mata tu jaga, pantang tengok pipi licin ker!
Suami pula mungkin akan komplen Kenapa lambat masak?
Ada anak, takde masa untuk ayahnya ke?
Awak pun berdengkur!
Kuatnya bau.. ada lori perfume terbalik ka..
Kenapa tak masak ... saya mana suka ini
Banyak lagi komplen yang ada dalam kehidupan seharian kita. Tetapi kalau kita hentikan untuk berfikir mengenai komplen mahupun keburukan yang ada, cuba kita fikirkan selama perkahwinan yang ada ini dimenarikkan dengan benda-benda tersebut.
Apabila berlaku satu kehilangan, baru kita sedar perkara yang remeh itu membuat kita rindu. Perkara remeh tersebut buat kita faham betapa ia memberikan sinar dalam perkahwinan mahu dalma mengukir senyuman mahupun sedikit salah faham..
Kalau berperang besar, maknanya banyak perkara remeh. Maka banyak akan dirindui. Itupun bila kita ambil masa untuk berfikir.
2 komen:
kenalah berlebih kurang...
yer bertolak ansur la kita. Tapi perkara yang kecil banyak kita tidak sedari. Yang kecil boleh jadi gaduh besar. Padahal ia boleh menjadikan suatu yang menarik dalam perkahwinan
Dah baca sila bagi sepatah kata..