Monday, October 11, 2010

Kes Sumbang Mahram Diteruskan Dengan Sambung Bicara Dan Prosiding Impeachment


Klang: Kes pendakwaan ke atas seorang warga bagi satu pertuduhan di bawah seksyen 376 dan 377 Kanun Keseksaan diteruskan dengan sambung bicara bagi saksi pendakwaan ke-12 yang mana saksi terakhir pendakwaan. Kes pendakwaan ditutup dengan 9 saksi pendakwaan ditawarkan kepada pihak pembelaan. 

Bagaimanapun pihak pembelaan memohon agar siapa saksi yang ditawarkan akan dipanggil akan dimaklumkan selepas hujahan di akhir pendakwaan. Pihak pembelaan turut memaklumkan Mahkamah yang Mulia setakat ini terdapat 3 saksi akan dipanggil oleh pihak pembelaan termasuk individu bernama Timah yang dikatakan individu sebenarnya yang menjaga mangsa sebelum dan selepas kejadian dan bukan SP2 sebagaimana yang diberikan keterangan oleh SP2.

Pendakwaan juga memohon hari ini kepada Mahkamah di bawah seksyen 155 Akta Keterangan 1950 selaras dengan 122 Akta yang sama. Sehubungan dengan itu, SP11 iaitu pegawai penyiasat turut hadir memberikan keterangan.

Kes ditetapkan bagi hujahan di akhir kes pendakwaan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►