Alhamdullilah, pada 28.04.2010 genaplah usia Tok Syeikh Serban Merah (selepas ini dirujuk sebagai "Tok Syeikh") untuk tahun ke-2. Kebetulan hari yang sama 2 tahun lepas, kami membawa pulang Tok Syeikh yang berusia sehari itu dari Puchong ke Kelantan. Tahun ini kali kedua berturut sambutan ulang tahunnya di Kelantan. Kebetulan pula ada kerja di Kelantan pada kali ini buat 2 tahun berturut pada masa yang sama.
Fizikal Tok Syeikh
Dari sudut fizikal memang baik. Tubuhnya agak lasak mungkin kerana membesar dalam gelanggang silat. Ummi dia yang selalu bawa dia ke gelanggang silat. Maka sikapnya pun kasar dan kekadang pening juga kepala memikirkan tangan dan kakinya yang amat laju dan ringan untuk diberikan kepda sesiapa sahaja. Ummi selalu mengamuk pasal ini. Nak buat macamana, Tok Syeikh belum faham sangat.
Mulutnya masih terkunci tanpa kata-kata tetapi pemahamannya amat menakutkan kerana Tok Syeikh ini sudah mula mengenali kesemua item dan gambar yang dilihatnya termasuk arahan yang keluar daripada mulut ummi dan babanya. Ini membuatkan rasa ingin tahu samada beliau faham kami yang sedang bercakap kerana kekadang Tok Syeikh memandang dengan penuh minat dalam apa jua perbualan.
Pandangannya agak tajam dan mulai melangkau jauh. Daya angin dan penggunaan nafas Tok Syeikh amat stabil ditambah dengan stamina yang agak tinggi bagi kanak-kanak berumur 2 tahun. Setakat tangga bangunan 3 tingkat, tok Syeikh boleh panjat biasa sahaja. Ini boleh dilihat ketika menangis atau menjerit dan melalak. Aduh!
Kecergasan dan staminanya melupakan kami yang pernah satu ketika Tok Syeikh ini kami temani di katil Hospital Serdang selama beberapa ketika.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..