Monday, May 3, 2010

Edisi Hari jadi Tok Syeikh Serban Merah - Silat Seni Gayong


Baihaqi (Tok Syeikh Serban Merah) dengan gaya Asas 1, Tumbukan Pintal Tali

Pendedahan awal Silat Seni Gayong atau seni silat ini telah dibuat seawal mungkin kepada Tok Syeikh. Boleh dikatakan hampir setiap hari setiap gerak geri dan permainan silat dilihatnya. Seawal umur setahun, anak kecil itu sudah ligat bermain tanpa gerun sambil berlari di celah pasangan silat yang bermain senjata tajam. Yang menarik kekadang Tok Syeikh menambah cukai kepada pesilat yang sedang berlatih.

Menjelang umurnya setahun 7 bulan, Uchi Gaban melihat anak kecil ini bukan lagi banyak melakukan aksi semborono mahupun aksi kosong tetapi mampu mengikut arahan dan mengenali gerakan seperti perkataan "asas siku" tumbuk/punch" "kick" "layang" "lurus" "tumbuk bertapak" dan "harimau". Apabila disebut mana-mana perkataan ini, anak kecil belum genap putus susu ini akan menunjukkan gaya permainan tersebut.

"Harimau macamana Baihaqi?"
Cepat-cepat dia akan laungkan "Auummm" sambil menunjukkan kedudukan 10 dalam Golongan Senaman Anak Harimau Seni Gayong dalam keadaan yang cantik dan kemas.

"Baihaqi, asas tumbuk macamana?"
Kalau kena caranya, dia akan lekas membuka tapak menyerang kanan dengan menumbuk berkali-kali dengan laungan "tat!" "Ttat" "tat" (laungan Seni Gayong "Zzatt!"). Nak tengok pintal tali bertapak pun boleh. Tapak menyerang dan gaya tangan tutup dada memang hebat. Macam gaya orang main silat 20 tahun.

1-2 bulan ini lagi menarik gaya silatnya. Selepas mengajar satu gelanggang mengenai sapuan kaki, terus lepas tu dia buat gaya tersebut. Tidak cukup lagi, satu yang menggerunkan ummi dan babanya ialah Tok Syeikh dah mula buat tenggiling (seni lompatan yang jenis rolling badan) sendiri samada di atas katil atau lantai simen. Sebelum tinggal Kelantan 2 hari lepas, rasanya macam dia nak buat rolling belakang ataupun back. Mungkin ada tengok latihan terbaru di Bandar Pusat Puchong tempohari.

Bila menungkan balik, alangkah bagusnya pendedahan awal diberikan kepada kanak-kanak lain.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►