Alhamdullilah, lega rasanya setelah 2 hari di Mahkamah Sesyen Klang dalam menjalankan sambung bicara bagi satu kes rogol bawah umur dan hubungan seks luar tabie.
Beberapa saksi baru telah dipanggil dan disoal sementara beberapa saksi sebelum ini dipanggil semula bagi membolehkan soal balas di buat oleh pihak Peguambela memandangkan semasa saksi-saksi ini memberikan keterangan pihak OKT tidak diwakili oleh mana-mana Peguambela.
Setakat ini telah menjadikan 10 saksi pendakwaan telah dipanggil memberikan keterangan dan rasanya ini antara kes rogol yang paling banyak saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan bagi membuktikan pertuduhan-pertuduhan.
Beberapa elemen baru dalam kes pendakwaan untuk kes seksual ini ditimbulkan dan ditenderkan kepada pihak Mahkamah walaupun beberapa pihak pendakwaan masih tidak mengenengahkan perkara-perkara tersebut atad dasar masih kabur penggunaannya baik dari sudut sokongan (corroboration) mahupun perundangan.
2 orang saksi utama tidak hadir bagi tujuan soal balas.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..