Wednesday, March 10, 2010

Tiga Pemuda Yang Terlepas Hukuman Gantung Di Hukum Penjara 32 Tahun

Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya hari ini sepakat membenarkan permohonan rayuan pihak Peguam Negara selaku Perayu dalam rayuan mereka bagi mendapatkan hukuman terhadap 3 orang pemuda berbangsa india berjalan berasingan.

3 pemuda india tersebut pada mulanya telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Seremban atas 2 pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana merompak dan membunuh sepasang kekasih di sekitar Bahau. Kedua-dua si mati dikatakan ditikam dan dikelar di leher mereka.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemuda tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan bagi kedua-dua pertuduhan iaitu di bawah seksyen 304A Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi telah memutuskan hukuman selama 16 tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak daripada tarikh tangkap.

Dalam hujahan pihak Perayu telah merujuk kepada beberapa kes otoriti dan berdasarkan fakta kes yang mana tempat pembunuhan dan si mati ditinggalkan adalah berbeza pada kedua-dua si mati. Ini memberikan ruang masa dan tempat yang berbeza.

Terdahulunya pihak Mahkamah yang Mulia telah memberikan amaran awal kerana kes telah ditangguhkan berkali-kali dan tarikh hari ini ialah tarikh bicara akhir yang mana akan dijalankan walaupun tanpa peguam yang dilantik.

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan hujahan pihak Perayu dan membenarkan rayuan dengan membenarkan kedua-dua hukuman dijalankan berasingan. Ketiga-tiga pemuda tersebut yang tidak diwakili peguam tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►