Thursday, March 11, 2010

Rayuan Kes Seksyen 39B Ditangguhkan Kali Terakhir

Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan kes perbicaraan rayuan bagi satu keputusan Mahkamah Tinggi Taiping membebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap 3 lelaki melayu di bawah pertuduhan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Kes yang ditetapkan sebutan pada hari ini dihadiri oleh Responden Pertama bersama peguambela iaitu Hisham Nazir manakala Responden Kedua dan Ketiga tidak hadir dan tiada bukti penyerahan notis dilaksanakan. Peguambela Responden yang dilantik oleh Mahkamah turut hadir pada hari ini.

Pihak Perayu yang diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Andi Razalijaya menyatakan memohon tarikh akhir bagi sebutan tersebut dan memaklumkan pihak Responden Ketiga telah ditemui dan Responden Kedua tahu mengenai tarikh pada hari ini.

Mahkamah bersetuju memberikan tarikh akhir terhadap kes tersebut bagi ketiga-tiga Responden.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►