Ada beberapa pertanyaan baru ini dan saya sendiri nak bercerita mengenai poligami. Terutama selepas teringat dengan temuramah IKIM dengan Dr. Harlina baru-baru ini. Tetapi kesempatan tiada, maka saya copy paste satu artikel pengalaman seorang karkun yang mana kerap saya lawati blognya.
Kisah ini berlaku sekitar penghujong tahun 1997 yang mana sewaktu itu aku baru pindah ke Seremban dari Sg.Besi Kuala Lumpur. Disebabkan keluarga kami cuma tiga beranak, membeli makanan untuk makan malam memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Satu malam selepas Solat Insya’, aku ke salah satu warong Tom Yam kat Ampangan, Seremban. Ketika aku keluar dari kerata yang aku parking kat sebelah warong,tiba-tiba “ Assalamualaikum ustaz!” kedengaran suara memberi salam yang datang dari salah satu meja kat luar warong berkenaan.”alaikumsalam” jawab aku sambil menoleh ke arah meja berkenaan. Rupanya kawan-kawan aku tiga orang (karkun) yang sememangnya aku kenali sejak di K.L lagu. “Jemput dudok Ustaz” kata salah seorang mempelawa aku dudok di kerusi yang kosong bersama mereka. “Minta order ustaz” Kata salah seorang yang lagi satu. Setahu aku ketiga-tiga mereka memang kawan rapat. Rapat sungguh, kalau kat mana-mana pasti akan bertiga lebih-lebih lagi kalau pergi pekena minuman Tongkat Ali kat salah satu warong kat Pantai. “Kasi power” kata mereka atau "Rumber-rumber power" dalam bahasa Tamil.
Setelah mula dudok, mereka pun menyambong perbualan seolah-olah mengajak aku berbual sama. Rupanya topik kahwin dua, patut le senyum labar masing-masing.
Setelah mula dudok, mereka pun menyambong perbualan seolah-olah mengajak aku berbual sama. Rupanya topik kahwin dua, patut le senyum labar masing-masing.
“Bukanya apa ustaz , la ni khamai pompuan tak kawin, kalau kita tak tolong sapa lagi, ustaz, kesiaaan kat depa”, bersunggoh-sunggoh menerangkan kepada aku dengan sedikit loghat utara. Aku senyum je tak kata apa-apa sambil menghirup sedikit teh tarik panas. “Masa ni le kita nak tolong isteri kita dapat payong mas kat dalam syurga nanti” mencelah seorang lagi. “Ye ke payong mas?” tanya aku dengan wajah buat-buat hairan. “Eh ! eh! Buat-buat tak tahu plak untaz ni” sampok salah seorang dari mereka. “Kalau ustaz nak, cakap je kami boleh tolong,” sambungnya lagi. “ Sorang pun aku tak terdaya apa lagi dua”, jawab aku tersenyum sambil menghirup kembali teh tarik. “Ustaz! sunnah le ustaz.”tegas salah seorang dari mereka. “Blom tergerak le hati aku “, jawab aku selamba. Setelah siap pesanan yang aku order( bungkus), aku pun minta diri.
Setelah hampir 8 bulan kemudian salah seorang kawin kedua dan selepas itu kahwin lagi yang ketiga. Hebat! Memang hebat! Dah tu aku dengar nak kawin ke empat pula. Fooh! lagi hebat. Selepas setahun perbualan kat warong tu salah seorang lagi kahwin dua. Dengar cerita isteri keduanya seorang pegawai kerajaan. Yang seorang lagi cari punya cari tak dapat-dapat. Namun selepas 5 tahun selepas perbualan itu,dia pula kahwin dua setelah menghadapi berbagai ranjau. Berjaya ketiga-tiganya “menolong pompuan dan memiliki payong mas untuk isteri masing-masing”. Betol ke? bila aku fakir dan renung sendirian aku senyum.Lagi pun aku amat-amat mengetahui kehidupan mereka selepas kahwin dua.Maleh aku nak cerita kat sini. Biar le sorang. Biar le tak dapat payong mas pun tak ape. Nak tolong perempuam bukan cara tu sahaja, banyak lagi cara lain.Banyakan kerja agama, dakwah dan nasihat bila mereka dah dapat hidayat itu jauh lebih untuk menolong mereka.
Tapi kadang-kadang aku jadi takut juga, bukanya apa takut ter.x%/& sebab keempat-empat tu, tiga dah jalan, cuma aku sorang je lagi yang blom. Seraaam !aku tapi orang rumah (ahlia) aku lagiiii seraaam. Sebab setengah orang kata:-
SATU “IS ONE”, DUA “IS TWO” , TIGA BARU “IS THREE”
Peeeh! Laagii seraaam. Ye ke seram ni. Jangan-jangan ada ati tak? Aku tanya, aku le yang jawab. Baik,aku jawab :-
Jawapan :
Naluri lelaki memang nak kahwin lebih. Itu memang naluri lelaki, orang buta yang dok raba-raba pun kalau tanya dia nak ke kahwin lagi sorang . Tentu di jawab nak. Tapi kalau di ukur dan fikirkan hal anak-anak , pengorbanan isteri, susah payah hidup bersama, nak bagi masa untuk kerja agama dan bla! bla! bla!. Maka pasti jawapanya biar le dia sorang. Itu le buah hati aku. Dia le harimau dia le kucing manja. Lagi pun Nabi saw tak pernah kahwin lebih ketika ada isteri pertama. Isteri Pertama itu le yang banyak berkorban. Selepas kematian Isteri Pertama baru le Nabi saw kahwin lebih. Itu pun perintah Allah swt, sebagaimana firmanya :-
“Wahai Nabi (saw) , sesunggohnya kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang telah kami berikan mas kahwinya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu perolehi dalam peperangan yang dikuniakan Allah untukmu.. . . . .”
Kalau di lihat catatan sejarah boleh la kita susun seperti berikut:-
Umur 25 Hingga 50 Tahun
Berkahwin dengan Khdijah Al Qubra ra hingga kematian Khadijah sewaktu umur Nabi 50 tahun. Ini bermakna Khadijah ra meninggal lira-kira 10 tahun selepas kereasulan Nabi saw.
Umur 50 tahun
Baginda berkahwin dengan Saudah ra dan A’aisyah ra. Saudah ra terus bersama dengan Nabi manakala A’aisyah ra bersama dengan Nabi 2 tahun selepas hijrah. Pada ketika itu baginda berumur 54 tahun.
Umur 55 tahun (3 SH.)
Baginda berkahwin dengan Hafsah ra. Selepas beberapa bulan, baginda berkahwin pula dengan Zainab bin Khuzaymah ra yang telah bersama dengan Nabi saw hanya selama 3 tahun 18 bulan sahaja ( sebagaimana terdapat di dalam sesetengah riwayat ) sebelum beliau meninggal dunia.
Umur 56 tahun (4 SH.)
Baginda telah berkahwin dengan Ummi Salamah ra
Umur 57 tahun (5 SH.)
Baginda berkahwin dengan Zainab ra.
Umur 58 tahun (6 SH)
Baginda berkahwin dengan Juwairiyah ra
Umur 59 tahun (7 SH.)
Mula-mula banginda berkahwin dengan Ummi Habibah ra kemudianya berkahwin pula dengan Safiyyah ra. Selepas itu berkahwin pula dengan Maimunah ra. Ini terjadi di dalam tahun yang sama.
Rumusan:
Dari menerangan di atas, amat jelas pada kita yang mana Rasulullah saw berkahwin hanya satu (Monogamous) ketika bersama Khadijah ra. Ketika ini baginda tidak pernah pun berkahwin lebih.. Perkahwinan beliau lebih dari satu (Polygamous) selepas berumur 50 tahun dengan kebanyakanya adalah janda itu pun atas perintah Allah swt. Jadi bermakna yang nabi kahwin bukan kerana tuntunan nafsu tetapi adalah kepentingan Agama. Kalau kerana nafsu pasti nabi akan memilih anak dara daripada janda.
Jadi untuk yang telah kahwin lebih dari satu,adakah perkahwinan itu kerana tuntunan Agama atau . . . . .? Bagi yang bercadang nak tambah satu lagi atau yang ketiga atau keempat fakir-fikirkan lah.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..