Sebutan Waran Tangkap adalah sebutan yang paling malas saya nak hadirkan diri ke Mahkamah. Kalau Sebutan lain, tiada hujahan mahupun balasan sinis daripada pihak pendakwaan. Malah kekadang dan kebanyakan masa, pendakwaan pun setuju dengan apa yang kami di pihak pembelaan nak minta selagi tak bercanggah atau beri kesan pada mereka.
Sebutan Waran tangkap ni macam separa bicara. Pendakwaan tidaklah berminat mana selagi ada yang hadir menyerah diri kerana mungkin ada berlaku kesilapan kecil dari sudut pemahaman atau catatan tarikh baru. Seselekeh alasan ialah OKT (orang kena tuduh) lambat sampai tapi sampai lah juga.
Pendakwaan tidak berminat mana untuk berhujah balas atau sinis sebaliknya suka membelek fail untuk seterusnya. Dalam Sebutan ini banyak dicampuri oleh Majistret mahupun Hakim.
Tapi kalau di Sebutan ini OKT hadir maka tidaklah diperbesarkan masalah yang kecil ini. Selamatlah kelambu kerana nyamuknya.
Kalau OKT tidak muncul dan menyerah diri, perbicaraan mengenai penarikan wang jaminan akan dibuat yang mana penjamin dipanggil selari dengan penyerahan waran tangkap dan notis kepada penjamin.
Masa begini seronok pula kerana menjadi amalan biasa yang Mahkamah tidaklah akan menarik kesemua wang jaminan sebaliknya mungkin hanya 50% dipulangkan kembali kepada penjamin. Maka kayalah penjamin pada tengahari tersebut dengan wang 50% kalau itu sebenarnya wang milik OKT.
OKT pula akan hidup dalam pelarian dan berharap kereta peronda pun tak menyentuh beliau. Kalau kena tangkap sekali lagi, berdoalah agar Mahkamah lembut hati untuk memberikan kembali jaminan kepadanya.
Ataupun sebagai pilihan, cuba simpan duit banyak-banyak dalam masa pelarian, kerana mungkin jaminan anda lepas ini akan menjadi lebih besar dan agak tinggi.
Dare Or Not?
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..