Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memerintahkan seorang pekerja kilang membela diri atas 2 pertuduhan rogol dan cubaan merogol seorang mangsa bawah umur pada 4 tahun lepas.
Keputusan di akhir pendakwaan tersebut dibacakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Rozina Ayob setelah meneliti Nota Keterangan dan hujahan-hujahan pihak Pendakwaan dan Pembelaan di akhir kes Pendakwaan yang mana bersetuju bahawa pihak Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas pertuduhan-pertuduhan tersebut.
Mahkamah yang Mulia pula dimaklumkan oleh pihak Pembelaan bahawa 3 saksi akan dikemukakan selain pihak OKT sendiri akan memberikan keterangan secara bersumpah.
Keterangan bersumpah OKT didengar hari ini oleh Mahkamah yang Mulia memandangkan tiada apa jua kes ditetapkan untuk bicara di sebelah pagi ini.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..