Thursday, March 12, 2009

Masa.. Berapa Banyak Kita Ada?

Dok terfikir, alang-alang tak kemana minggu ini dan latihan silat pun boleh dipinda. Maka ingat nak ke Melaka sekejap. Ingatkan boleh la lari ke Melaka dalam 4-5 jam. Isteri dan anak masih di Kelantan.

Kenapa Melaka? Saya ingin bertemu dengan seseorang sedang uzur yang dibimbangi tidak dapat diketemui lagi selepas ini. Kalau saya jadi pergi ke Melaka, saya akan postkan di sini kenapa dan apa tujuan saya ke sana.

Elok punya rancangan, dirasakan macam perlu pula hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam yang bakal diadakan di Legend Hotel, Kuala Lumpur pada lusa ini. Takpe. Siap dalam pukul 3 petang mungkin masih ada peluang untuk cabut ke Melaka sekejap. Nak jumpa juga rasanya orang tua itu.

Tup-tup Biro Bantuan Guaman Selangor telefon saya mengatakan ada Makan Malam besar di Renacisance Hotel Kuala Lumpur bagi peguam-peguam di Malaysia. Menurutnya saya ditaja khas oleh pihak mereka ke Makan Malam tersebut atas beberapa sebab tertentu. Takan nak tolak untuk hadir atas tiket vIP (V kecil nyer).

Sekarang dok intai jadual hari ahad samada boleh dilengang atau sebaliknya. Pagi silat, petang silat. Kalau nak mudik juga, kena ada orang ganti untuk petang itu.

Mana lagi masa ni..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►