Friday, January 30, 2009

Sukar Untuk Melafazkan "Terima Kasih"?























Erm... Ok... itu antara jawapan mahupun ayat ringkas apabila menerima sesuatu. Sememangnya negara kita masih lagi mesra dan berbudaya dengan masih mengucapkan 'terima kasih' apabila menerima sesuatu, tertakluk kepada penerimaan tersebut adalah sebagai hadiah.

Tak disebut 'terima kasih' kan lain kali tak diberi lagi hadiah buat kita. Maka sebagai penghargaan, maka dengan penuh ringan lidah perkataan "terima kasih" itu dikeluarkan.

Tetapi bagaimana dengan pemberian seperti pelayan menghulurkan makanan?

Isteri menghulurkan sesuatu?

Anak memaklumkan anda sesuatu?

Pekerja tol bagi tiket?

Cashier bagi duit baki?... dan banyak lagi situasi yang kita semua jarang 'akad' kan.

Persoalannya; adakah berat sangat lidah ini untuk memberikan satu penghargaan kepada mereka dalam bentuk yang paling mudah dan ringkas dalam dua perkataan, "terima kasih". Orang Kelantan kata; "Kecek tok tubik modal, tok rugi pong"

Apa yang menariknya, dua perkataan itu mungkin akan lebih memberikan kesan yang amat besar kepada kita semua. Mungkin ia lebih memberikan ketenangan kepada jiwa kita. Perasaan yang lega dengan ucapan itu yang sememangnya wajib disulami dengan senyuman. Pahala atas senyuman lagi. Pahala lagi.....

Selain daripada itu, dengan dua perkataan ini hubungan antara dua pihak akan lebih akrab dan mesra. Antara suami dan isteri. Ibubapa dan anak. Pelanggan dan tokey.

Semua orang tahu tetapi mungkin tidak perasan bahawa kebanyakan dua perkataan ini membuatkan kita lebih senang berurusan dengan pihak tertentu. Ini kerana kita menghargai dan dihargai.

Itu sememangnya sifat manusia yang ingin dipuji dan diberikan penghargaan. Kenapa kita ingin melawan arus fitrah manusia sedangkan Rasullullah SAW juga melaksanakan perkara yang sama.

Tapi memuji atau penghargaan atas alasan mengecek atau niat menekel tidak termasuk di dalam perbincangan kita tadi. Sendiri mahu ingat!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►