Kawe juga ada berbuat sedemikian dahulu tetapi tidaklah seaktif Azlan Ghanie sebab bukan kerja kawe nak terjah gelanggang orang setiap masa. Kawe masa tahun 90an, semua gelanggang silat pulut dan tomoi kawe masuk. Nak belajar rasa malas, masuk je la berbual buat kawan.
Sempena tahun baru yang bakal menjelma ini, kawe pun rasa nak buat sesuatu dalam memperkenalkan orang-orang tua di ceruk kampung terutama yang berkemahiran dalam bidang perubatan tradisional. Bila disebut orang tua diceruk kampung, bukan bermaksud akan tertumpu pada orang tua yang tidak dikenali sahaja tetapi kesemua pengamal perubatan tradisional yang kawe kenali dan pernah dekati dalam pelbagai ilmu perubatan mereka dalam usaha membantu masyarakat melayu dalam usaha penyembuhan penyakit.
Dalam mendekati mereka, kawe mendefinisikan dua perkara iaitu perubatan yang digunakan adalah suatu kaedah yang logik dan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Manakala satu kaedah lagi jelas bertentangan dengan syariat Islam ataupun tidak bertentangan tetapi menimbulkan keraguan di dalam amalan perubatan mereka. Kedua-duanya mungkin saya muatkan tetapi cadangan kepada alamat dan nombor telefon hanya akan diberikan kepada kaedah yang tidak melanggari apa jua syariat Islam mahupun perubatan yang meragukan. Bukan apa, malas nak menumpang dosa kalau salah di sudut syariat Islam.
Orang juga akan bertanya kalau kawe dah meraguinya dan rasa (pada soal pandangan peribadi) adalah amalan tersebut meragukan dan salah disudut syariat, kenapa nak pamerkan juga di sini. Jawapan kawe senang, Lu pikir lah sendiri!
Selain daripada memperkenalkan tokoh-tokoh tersebut, beberapa amalan dan kaedah perubatan yang molek untuk dikongsi mungkin akan diblogkan oleh kawe kelak. Amalan yang dimaksudkan adalah amalan yang ringkas di dalam perjalanan kehidupan seharian sahaja.
Nota: Dengan mempamerkan di sini, mungkin kita sesama boleh memikirkan kaedah yang betul mahupun salah dan mengambil iktibar dan memilih kaedah perubatan yang lebih baik apabila ada pilihan yang lebih baik
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..