SMS raya Uichi Gaban tahun ini dijawab oleh seorang rakan baik kawe “Mak kawe baru meninggal”. SMS tersebut hanya dibaca selepas tengah malam. Nak di telefon takut mengganggu kesibukan dalam menguruskan apa yang sepatutnya.
Harap pada rasa kepala, mata takleh nak buka. Tapi kepala ini masih mencari jalan dalam menung kerana awal pagi esok kena jumpa orang di Pengkalan Chepa. Masa begini jugalah nostalgia lama nak berlegar kat belakang medula oblogata ni.
Uichi Gaban masih ingat ibu rakan tu seorang yang peramah dan pe-rai orangnya semasa hayatnya. Mana tidaknya, sepanjang berkawan dengan anaknya, makan mandi semua Uichi Gaban dah buat kat rumah tu. Namun bukan itu ingin Uichi Gaban kongsikan mengenai berita kematian ini.
Beberapa perkara menarik ingin saya kongsikan dengan anda sekalian bahawa kehadiran Uichi Gaban di Pasir Mas pagi itu sebagai niat melawat si mati dan menyahut saranan Islam dalam isu menemani si mati bagi memberikan kesedaran dan peringatan kepada orang yang masih hidup.
Menurut orang ramai yang bersama Uichi Gaban di laman rumah pagi itu, Arwah boleh dikatakan mati secara mengejut apabila Arwah dikatakan kelihatan sihat dan ceria 1-2 sebelum itu. Ini lah yang menariknya apabila mati itu tidak pernah mengenal masa dan ketika. Insaf kejap Uichi Gaban . Harap keinsafan masuk dalam sikit kat hati ini supaya susah nak keluar balik. Anda pun harap gitu.
Menurut rakan Uichi Gaban , ibunya dah berbulan berpenyakit hati. Menurut doktor ada sedikit masalah berkenaan di bahagian hati dan bersifat gastrik. Pengamal Perubatan Tradisional pula kata Arwah bermasalah di bahagian ulu hati. Mungkin ada kaitan dengan buatan orang kata mereka. Entah betul entah tidak. Itu semua urusan Allah SWT, cuma ikhtiar perlu diteruskan dalam mengubati sebarang penyakit tanpa adanya rasa prasangka kepada mana-mana pihak. Doktor pun nampaknya dah give up dengan method moden ada maka sementara perubatan moden diteruskan, perubatan tradisional turut dicadangkan.
Kehadiran Uichi Gaban seawal pagi itu boleh melihat kesepakatan antara penduduk kampung yang hadir terutama kaum hawa dalam menguruskan jenazah Arwah. Kesemuanya seolah-olah ada tugas masing-masing dan melakukannya seolah berpengalaman. Sedih rasanya apabila mengenangkan lama tidak terlibat dalam urusan kematian. Apatah lagi memikirkan dan tersedar bahawa sepanjang 11 tahun di Lembah Klang, Uichi Gaban tidak pernah menghadiri mana-mana urusan kematian. Bukan tidak mahu hadir tetapi tidak pernah dijemput. Mungkin anak perantau, mana ada urusan kematian akan melibatkan Uichi Gaban
Lagipun, di persekitaran hutan batu sebegini urusan sedemikian banyak diambil alih oleh pihak hospital sehingga di bawa ke tempat kawasan di mana jenazah akan disembahyangkan dan disemadikan. Sudah tentu tempatnya di luar Lembah Klang atau lebih tepat di kampung halaman.
Berbalik kepada cerita asal, Uichi Gaban dimaklumkan bahawa urusan mandian jenazah dibuat oleh anak-anak perempuan beliau sendiri. Ini bukan kali pertama cerita kawe dengar sebegini. Cuma bagaimana cerita di zaman akan datang bila sampai waktu kita. Agak-agak anak kita sentuh ke jenazah kita? Paha anak kita ke yang akan memangku badan kita sewaktu mandian wajib itu?.
Itu tak masuk soalan cepu mas lagi; Agak-agak anak kita akan bacakan al Quran dan doakan kita selepas kita tiada nanti?
Sesama la kita fikirkan!. Kalau rasa tak yakin dengan anak anda, mungkin masih ada masa untuk mengubah mereka untuk nasib anda kelak.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Diubah & Diedit dan Diposkan kembali daripada yang asal
4 komen:
Saya pun terfikir, adakah cukup pendidikan Islam yang diberikan kepada anak kat rumah.
Saya sebak bila fikirkan tulisan awak "Adakah paha mereka akan memangku badan kita kelak?"
Semoga anak-anakku menjadi anak yg soleh dan solehah. Aminn
Amin!
Terima kasih Fathiyah!
bila baca tulisan awak & komen kakak tu, saya takut. adakah anak saya akan pangku mayat saya mcm kawan2 saudara itu sok hari
Saya pun sedemikian. Komen fathyah banyak buat kita termenung. Cukupkah kita didik anak-anak?
Dah baca sila bagi sepatah kata..