Tuesday, February 26, 2008

Mahkamah Tinggi sahkan penahanan di bawah ISA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan habeas corpus empat peguam dan seorang bekas pegawai bank yang mendakwa sebagai pemimpin untuk satu pertubuhan tidak berdaftar dikenali Hindu Rights Action Force (Hindraf) untuk membebaskan mereka daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Abdul Aziz berkata perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 13 Dis 2007 terhadap M. Manoharan, 46, V. Ganabatirau, 34, P. Uthayakumar, 46, R. Kenghadaran, 40, kesemuanya peguam, dan bekas pegawai bank, K. Vasantha Kumar, 34, adalah sah di sisi undang-undang.

Dalam penghakimannya, beliau berkata menteri berkenaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mematuhi semua peruntukan undang-undang dan peraturan Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam mengeluarkan perintah tahanan ke Pusat Tahanan Taiping selama dua tahun.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►