Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Friday, February 19, 2021

[797.21] KEPENTINGAN LAPORAN POLIS DALAM SESUATU KES JENAYAH.


Seksyen 157 Akta Keterangan memperuntukkan bahawa mangsa tidak boleh memberikan keterangan sokongan kepada diri sendiri.
Laporan polis yang dilakukan secara asasnya bukanlah suatu keterangan sokongan. Ianya bertindak sebagai asas untuk pihak polis/pendakwaan memulakan sesuatu siasatan.
Walaubagaimanapun, laporan polis tersebut boleh digunakan untuk menilai kredibiliti seseorang saksi tersebut. Terdapat kes di mana wujudnya percanggahan yang major antara laporan polis dan keterangan yang dikemukakan di mahkamah. Apabila percanggahan tersebut terlalu major/material/serius, maka ia akan memberikan kesan kepada kredibiliti saksi tersebut.
Merujuk kes PP v. MOHD RAHMIN AHMAT [2020] MLRHU 809, Mahkamah telah memutuskan bahawa:
[61]… Alternatively, the police report could show inconsistencies with the evidence of a prosecution witness. In short, the police report if tendered would be relevant as to consistency and truthfulness.
Khairunnisa Kasa
Subang Jaya, Selangor



 

Wednesday, December 2, 2020

[737.20] EVIDENCE BY ACCOMPLICES (KETERANGAN RAKAN SEJENAYAH)


Keterangan yang dikemukakan oleh rakan sejenayah di Mahkamah adalah boleh diterima pakai untuk mensabitkan tertuduh. Seksyen 133 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa:
“133. An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice”.
Namun, ianya bergantung kepada fakta setiap kes. Di dalam kes Chong Chee Lion v. PP [2008] 2 MLJ 797, Hakim Mahkamah Rayun telah merujuk Sarkar on Evidence (14th Ed) m/s 1924 terdapat beberapa prinsip untuk membolehkan mahkamah menolak keterangan rakan sejenayah iaitu:
1) Because an accomplice is likely to swear falsely in order to shift the guilt from himself
2) Because an accomplice being a participator in crime, and consequently an immoral person, is likely to disregard the sanction of an oath
3) Because an accomplice gives his evidence under the promise of a pardon, or in the expectation of an implied pardon; if he discloses all he knows against those whom he acted criminally and this hope would lead him to favour the prosecution.
Kes Ferose bin Tamure Mohamad Khan v. PP [2016] 6 MLJ 277 telah menyatakan bahawa:
“[108] As a starting point, s 133 of the Evidence Act 1950 provides that an accomplice is a competent witness against an accused person, and that a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice. Illustration (b) of s 114 of the same Act provides that the court may presume that an accomplice is unworthy of credit unless he is corroborated in material particulars. In respect of the nature and extent of the corroboration, Raja Azlan Shah CJM (as His Majesty then was) in Yap Ee Kong & Anor v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 144 (at p 146) formulated the rules as follows:
(1) There should be some independent confirmation tending to connect the accused with the offence although it is not necessary that there should be independent confirmation of every material circumstance;
(2) The independent evidence must not only make it safe to believe that a crime was committed but must in some way reasonably connect or tend to connect the accused with it by confirming in some material particulars the testimony of the accomplice; and
(3) The corroboration must come from independent sources, thus bringing out the rule that ordinarily the testimony of an accomplice would not be sufficient to corroborate that of another.”
Oleh itu, jelas bahawa keterangan yang diberikan oleh rakan sejenayah boleh diterima pakai namun tertakluk kepada fakta kes dan prinsip perundangan sedia ada. Mahkamah juga perlu berhati-hati dalam menerima keterangan rakan sejenayah dan mempertimbangkan keperluan keterangan sokongan.
Subang Jaya, Selangor
[2020]



 

Thursday, November 19, 2020

[710.20] PEGUAMBELA PALSU


Ada pertanyaan rakan peguam mengenai kredibiliti peguambela dalam mengendalikan kes jenayah. Mungkin beberapa tahun sebelum ini isu ini pernah saya ketengahkan dalam beberapa kes melibatkan peguam yang tidak kompeten dalam mengendalikan kes jenayah menjadikan Orang Kena Tuduh sebagai 'tikus makmal' adalah suatu yang tidak adil.
Alhamdulillah, kes rayuan itu berpihak kepada saya dan Mahkamah Rayuan melepaskan Perayu daripada hukuman gantung atas beberapa isu yang lain. Ini adalah isu yang kami cuba elakkan. Tetapi masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk melakukan suatu kebaikan dan adil kepada klien. Bukan manis mulut sahaja.
Dalam masa yang sama, masih banyak persoalan daripada pembaca - "bagaimana nak tahu peguam itu betul atau sebaliknya". Banyak lagi persoalan dalam bentuk lain tetapi isu yg sama.
JAWAPAN - Setiap nama peguam yang berdaftar dan aktif beramal harus ada nama tersenarai di dalam www.malaysianbar.org
Seeloknya sila berhati-hati kerana setiap peguam akan mengeluarkan resit rasmi kepada bayaran. Mempunyai pejabat khusus kerana Majlis Peguam tidak membenarkan shared/virtual office.
Dalam membincangkan isu kredibiliti peguambela tadi, temui satu kes rayuan yang mana rayuan dibenarkan kerana semasa Perayu disabitkan dan dijatuhkan hukuman, kes tersebut dikendalikan oleh penama yang mana tidak mempunyai sijil amalan tahunannya sejak 2015. Rayuan dibenarkan dan dihantar balik ke Mahkamah Sesyen untuk Bicara Semula (Retrial)
Semasa tempoh rayuan didengar, 'peguambela' tadi ada muncul di dada-dada akhbar mengenai kes diwakilinya. Cuba cari namanya di www.malaysianbar.org tetapi tidak tersenarai.
Hati-hati.. kekadang ada 'kaki' mengaku jadi peguam hebat.
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961


 

Monday, June 15, 2020

[621.20] Adakah kelab malam, arak dan judi boleh ditutup oleh Kerajaan Negeri sudut perundangan?


Boleh. Kerajaan Kelantan telah tunjukkan 2 contoh. Pertama, kesemua maksiat itu boleh ditutup oleh Kerajaan Negeri tanpa perlu libatkan pusat.
Kedua, yang mampu menutup kesemua maksiat itu bukan atas "Parti Islam" tapi individu yang berjiwa Islam melebihi periuk nasi.
Legasi Tuan Guru Nik Aziz adalah satu penanda aras yang gagal dicabar oleh mana-mana individu walaupun pimpinan parti sama.
Bab undang-undang terang lain kali. Contoh dah ada, tiru ja.

Monday, July 1, 2019

Thank You Zeenat!


Thank you Zeenat
Lawyer merangkap klien sementara. 
Kenyang staf petang-petang ni

Wednesday, June 12, 2019

[408.19] SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






[408.19] SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Kami, kroni-kroni di sini mengambil kesempatan megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H kepada semua keluarga kami, pembaca blog dan fb page "criminallawyermalaysia", sahabat-sahabat kami serta klien-klien Hisham Nazir & Co. Tidak lupa juga sanak-saudara kami.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa dan menerima amalan baik kita semua.
Firma Tetuan Hisham Nazir & Co akan menutup operasi sehingga 10 Jun 2019. Sehingga itu, semoga Aidilfitri merapatkan silaturrahim. InsyaAllah!

Saturday, May 25, 2019

[382.19] "Lawyer in the farm"


[382.19] "Lawyer in the farm"
Kat signboard pun dia menanam

[376.19] SELAMAT MAJU JAYA FATHIAH


SELAMAT MAJU JAYA FATHIAH
Hari terakhir buat Fathiah Hasan, Pelatih Dalam Kamar firma kami. Semoga apa jua peluang dimanfaat sebaik mungkin.
Tahniah! @ Hisham Nazir & Cronies

Tuesday, February 12, 2019

[375.19] Interview Suara Rakyat TV3


Interview Suara Rakyat
Isu kepenggunaan apabila barang sewa beli ditarik balik

Wednesday, December 26, 2018

[346.18] MERAIKAN

Meraikan raja sehari, rakan sekelas semasa DSLP di UiTM, Qushairi. Tahniah abang besar (gambar talk itself).

Satu perkara yg bagus tentang memasuki kampung atau komuniti Jawa, makanannya. Mereka hidup secara tradisi dan baik-baik. Bila ada jemputan makan, turun la.

Kata Imam Shafie kepada Imam Hanbali bahawa makanan orang yg beriman itu adalah ubat. Makan lebih sikit.

Apa lebih menarik, kampungnya adalah kampung yg pernah kami turun laksanakan program OPKHIM pada tahun 2000. Di situ jumpa dan kenal abang angkat Stub, Man Tiger.

'Setotok' mana kawasan itu seperti di Yong Peng dengan Jawanya, datanglah kedai Tomyam, akan nampak komuniti Kelantanese ramai di situ.

Gracias Parit Yaani, Yong Peng!

Monday, December 10, 2018

[333.18] BERBUAT BAIK

[333.18] BERBUAT BAIK
Berbuat baik kepada orang lain
Biarpun tidak di balas baik kemudiaannya

Thursday, August 23, 2018

[175.18] SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Daripada kami seluruh tenaga kerja Tetuan Hisham Nazir & Co, Subang Jaya dan Sungai Petani.

Pihak admin memohon maaf jika minggu ini pihak kami mengambil masa sikit untuk menjawab persoalan-persoalan pembaca semua.

Beberapa persoalan telah kami jawab di sini dan akan diterbitkan satu persatu. Terima kasih atas sokongan dan kunjungan anda. Mohon maaf atas sebarang kekurangan pihak kami.

Terima kasih

"Abe Se Hitam Manis"
(Ada pembaca gelar ambo lagu tu)

Tuesday, July 3, 2018

[127.18] CONGRATULATION

[127.18] CONGRATULATION
Heartiest Congrats Assoc. Prof. Dr. Salawati (our International & Nuclear Law Expert)
Heartiest Congrats Assoc. Prof. Dr. Salawati (our International & Nuclear Law Expert)
TWITTER.COM
“Tahniah Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Fakulti Undang-Undang (FUU) UKM di atas pelantikan sebagai pakar rujuk dalam bidang Pengajaran & Penyelidikan Undang-Undang Dunia di ASIA (TRILA) oleh Center for International Law (CIL) National University Singapore (NUS).”

Monday, June 25, 2018

SELAMAT MENYAMBUT IDULFITRI DARIPADA KAKITANGAN DAN PEGUAM-PEGUAM TETUAN HISHAM NAZIR & CO



Kami daripada warga kerja tetap HNC termasuk pekerja kontrak yang tidak ditamatkan perkhidmatannya seperti web admin website dan fb, dengan ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada salah silap sepanjang posting di laman web (hishamnazir.com &hishamnazir.net) serta laman facebook ini.

Masih banyak persoalan dan inkuiri tidak berkesempatan kami balas melalui sini dan whatsapp. Mohon maaf atas kekurangan.

Salam Syawal buat semua
Terima kasih.

Wallahuallam
 — at Hisham Nazir & Cronies.

120.18] IFTAR HNC SUBANG JAYA



120.18] IFTAR HNC SUBANG JAYA
Peguam HNC bersama student Fakulti Undang-Undang UKM

[118.18] MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAKAN MALAM BATCH 30 FUU UKM


[118.18] MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAKAN MALAM BATCH 30 FUU UKM
Terima kasih atas jemputan kapasiti felo advokasi jenayah 2018. Setiap batch ada banyak kenangan dan keistimewaan tersendiri.
Selepas ini anda membawa nama kecemerlangan UKM selaku antara universiti terbaik dunia dan kedua di Malaysia (2019). Jangan berhenti belajar dan menerima teguran.

Wednesday, March 14, 2018

[065/2018]
KELAS ADVOKASI 08.03.2018
BILIK SEMINAR 2
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FELO - HISHAM NAZIR

Wednesday, March 7, 2018

BANTUAN DIPERLUKAN - TEAMSAR

BANTUAN DIPERLUKAN - TEAMSAR
Promote #TeamSAR
Semoga ada bantuan berterusan dan usaha yang istiqomah dalam membantu. InsyAllah!

Monday, February 26, 2018

SAMAN FITNAH


SAMAN FITNAH

Ramai betul nak saman fitnah sekarang. Jenuh nak menepis.
Adakah kini ramai orang suka keluarkan kenyataan semborono.

Adakah kini ramai nak pertahankan kata-kata mereka?

Adalah kini ramai sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk ekspressi rasa benci?

Adakah mereka mengikut trend semasa?

Nota: Gambar daripada fb.com/sendi.harimau.malaysia

Wednesday, September 13, 2017

BOLEH KE BINA RUMAH DENGAN RM40K?



Jawapan pasti adalah BOLEH.
Saya cerita kemudian.

Kenapa orang lain kata tidak boleh?
Sebab orang biasa melihat A. Apabila disebut B, bayangan A masih di dalam kepala. Perkataan mustahil akan timbul dibenak masyarakat.

Boleh Bina adalah pilihan. Perlaksanaan adalah tindakan samada kesediaan terma pembinaannya.

A adalah bina
B adalah bina
Tetapi A bukan B..

#rumah40k
#rumahmurah
Older Post ►