Monday, June 12, 2023

[1454.23] PENCULIKAN BAWAH SEKSYEN 360/361 KANUN KESEKSAAN


Terdapat dua jenis penculikan di Malaysia iaitu menculik daripada Malaysia di bawah Seksyen 360 Kanun Keseksaan dan menculik dari penjagaan yang di sisi undang-undang di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan.
Penculikan di bawah Seksyen 360
- Tidak menyatakan secara jelas siapa mangsa
- Tiada watak tertentu
- Mangsa perlu dibawa keluar dari Malaysia
- Jenayah mesti berlaku dalam wilayah Malaysia
Penculikan di bawah Seksyen 361. Untuk melindungi kanak-kanak dan hak penjaga yang sah “lawful guardian”.
- Penjaga “legal guardian” juga boleh berada didapati melakukan kesalahan penculikan, jika dia mengambil kanak-kanak itu dari penjaga yang sah “lawful guardian”.
- Menyebut siapa mangsa secara khusus:
- Seorang lelaki, berumur bawah 14 tahun
- Perempuan, berumur di bawah 16 tahun
- Mana-mana orang yang tidak mempunyai akal fikiran
- Persetujuan mangsa tidak penting
- Hanya persetujuan daripada penjaga yang sah dan sama ada persetujuan itu sah atau tidak sepertimana Seksyen 96 Kanun Keseksaan
Gambar sekadar hiasan
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►