Tuesday, May 23, 2023

[1437.23] CONTOH KEADAAN KEISTIMEWAAN KOMUNIKASI PERKAHWINAN (MARITAL COMMUNICATION PRIVILEGE) TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI


Keistimewaan komunikasi perkahwinan (marital communication privilege) di dalam situasi tertentu, seperti di mana seorang pasangan telah dituduh di Mahkamah bagi jenayah yang dilakukan terhadap pasangannya yang lain atau terhadap anak-anak pasangan itu.
Selain itu, kehadiran orang ketiga (third party) pada masa komunikasi, amnya akan menyebabkan kesitimewaan tersebut tidak terpakai, maka isu (marital communication privilege) tidak menjadi persoalan, walaupun, mahkamah telah memberikan pengecualian untuk kehadiran kanak-kanak.
Di Amerika Syarikat, keistimewaan komunikasi perkahwinan diiktiraf oleh State and Federal Rules of Evidence. Menjelang abad kedua puluh, Mahkamah Agung merika Syarikat berpandangan ‘marital communication privilege’ adalah dianggap sebagai sangat penting bagi tujuan memelihara hubungan perkahwinan serta mengatasi keburukan kepada pentadbiran keadilan, yang mana turut telah direkodkan di dalam kes Wolfle lwn Amerika Syarikat, 291 A.S. 7, 54 S. Ct. 279, 78 L. Ed. 617 [1934].


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►