Wednesday, May 3, 2023

[1419.23] SAKSI SOKONGAN KEPADA KETERANGAN YANG ADA


Jika saksi gagal dikemukakan pendakwaan, isu dan elemen juga gagal dibuktikan secara kukuh (BOD), maka pembelaan boleh menggunapakai s.114(g). Namun tiada satu ketetapan berapa jumlah saksi adalah relevan untuk membuktikan pertuduhan (Rujuk: S.134) dan keperluan kepada saksi/ keterangan sokongan kepada keterangan yang sedia ada kecuali ada peruntukan undang-undang atau kes duluan yang memerlukan sokongan keterangan.
Mahkamah boleh bergantung penuh kepada saksi tunggal jika saksi itu kredibel dan cukup untuk membuktikan pertuduhan / jenayah berkenaan. Dalam isu bilangan saksi dalam pembuktian pertuduhan, keterangan yang kuat dan relevan adalah ditekankan dan bukan kuantiti saksi itu.
Rujuk juga: Seksyen 134 / 114(g) Akta Keterangan 1951, Aziz Muhammad Din vs. PP [1996], Vadivelu Thevar vs. State of Madras [1957], Munusamy vs. PP [1986], Chua Chong Yiao vs. PP [2023]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►