Thursday, December 1, 2022

[1327.22] ADAKAH SAMAN AKAN DITERUSKAN JIKA DEFENDAN TELAH MENINGGAL DUNIA


Merujuk kepada kes DAWSON V DOVER [1971] dimana Mahkamah memutuskan bahawa writ yang difailkan atas nama si mati adalah merupakan “nullity”.
Walaubagaimanapun, merujuk kepada ATURAN 15 KAEDAH 6(3) KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 dimana jika writ difailkan ke atas harta si mati defendan, ianya adalah “effective”.
Kesan kematian terhadap sesetengah kausa tindakan. Ini boleh dilihat di dalam SEKSYEN 8 CIVIL LAW ACT yang menyatakan seperti berikut:-
8. Effect of death on certain causes of action.
(1) Subject to this section, on death of any person all causes of action subsisting against or vested in him shall survive against, or, as the case may be, for the benefit of, his estate:
Provided that this subsection shall not apply to causes of action for defamation or seduction or for inducing one spouse to leave or remain apart from the other or to any claim for damages on the ground of adultery.
Oleh itu, kausa tindakan akan terbatal secara automik jika kematian berlaku kepada Defendani di dalam kes berkaitan saman malu, godaan atau mendorong pasangan untuk meninggalkan pasangannya atau sebarang tuntutan rugi atas alasan zina “adultery”.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►