Keadan dimana penyampaian servis writ yang baik adalah seperti berikut dimana penghantar writ menyerahkan writ itu kepada Defendan tetapi Defendan enggan menerima writ itu kemudiannya penghantar writ melemparkan writ itu kepada Defendan dan berkata "Saya sedang menyampaikan writ ini kepada awak" Selain itu, keadaan dimana Defendan enggan menerima writ. Kemudiannya penghantar writ memasukkan writ ke dalam jaket Defendan dan writ tersebut jatuh dan Defendan mengutipnya dan ianya merupakan satu servis yang baik.
Keadaan dimana ianya merupakan satu servis yang buruk adalah seperti keadaan di mana penghantar writ menyerahkan writ tersebut kepada Defendan di dalam sampul surat dan tidak memaklumkan kepada Defendan berkenaan writ tersebut.
Persoalan jika writ diserahkan kepada orang terdekat dengan Defendan atau agent kepada Defendan. Prinsip umumnya, writ mestilah diserahkan kepada Defendan sendiri. Tetapi terdapat pengecualian sepertimana di dalam ATURAN 10 KAEDAH 1(2) KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012
1. Peruntukan am. (A. 10 k. 1)
(2) Jika seorang peguam kepada defendan mengendorskan ke atas writ suatu pernyataan bahawa dia menerima penyampaian writ bagi pihak defendan itu, writ itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada defendan itu dan juga telah disampaikan pada tarikh yang pengendorsan itu dibuat.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..