Friday, November 4, 2022

[1315.22] CADANGAN KERAJAAN DALAM USUL MENINGKATKAN PERUNTUKAN HUKUMAN DI BAWAH SEKSYEN 41 DAN SEKSYEN 45 AKTA PENGANGKUTAN JALAN


Merujuk kepada kes melibatkan kemalangan jalan raya saban hari, terutamanya melibatkan kes-kes kemalangan yang mengakibatkan kepada kecederaan mahupun kadar kematian, kerajaan memainkan peranan penting terutamanya dalam mengekang kes-kes melibatkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian.
Kerajaan telah bersetuju dalam usaha untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada berhubung dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, memandu secara berbahaya atau melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut. Hal ini juga telah dibangkitkan oleh Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada tahun 2020 yang mana telah memberitahu, pindaan terhadap Akta adalah melibatkan Seksyen 41 hingga 45, melihatkan perubahan terhadap kadar denda, hukuman penjara dan tempoh penggantungan lesen memandu.
Pindaan antara lain adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu selain bertindak sebagai suatu bentuk deterrence (pencegahan) dan pengajaran kepada individu amnya supaya mematuhi peraturan-peraturan jalan raya. Pindaan merangkumi peningkatan kadar hukuman penjara dinaikkan dari 15 tahun kepada 20 tahun sementara denda maksimum daripada RM6,000 kepada RM150,000.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►