Wednesday, October 26, 2022

[1301.22] MEMANDU SECARA BERBAHAYA SEHINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN DAN KEMATIAN


Pertuduhan yang akan dihadapkan terhadap Tertuduh bagi kesalahan melibatkan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan atau kematian adalah dengan merujuk kepada Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memerlukan kepada pihak pendakwaan bagi membuktikan dua elemen penting iaitu pertama, Tertuduh memandu secara melulu atau membahayakan dan identiti si mati atau mangsa dibuktikan, bagi membolehkan Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan.
Justeru, isu utama ialah sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa Tertuduh memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian atau kemalangan.
Maksud pemanduan secara berbahaya tidak diterangkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, Mahkamah harus menentukan sama ada Tertuduh memandu secara melulu atau berbahaya dengan mengambil kira fakta kes itu sendiri.
Namun, Mahkamah Rayuan di dalam kes Ng Beng Kok v. PP [2017] 4 MLRA 59; [2017] 7 CLJ 157 memutuskan bahawa s 41(1) APJ 1987 telah mewujudkan tiga kesalahan yang berbeza iaitu merangkumi keadaan atau kesalahan (a) memandu kenderaan motor secara melulu, (b) memandu kenderaan motor dengan laju; atau(c) memandu kenderaan bermotor dengan cara yang mengambil kira semua keadaan (termasuk sifat, keadaan dan saiz jalan, dan jumlah lalu lintas, yang dijangka atau mungkin berada di jalan raya) adalah berbahaya yang mana rujukan dibuat kepada kes R v. Evans [1962] 3 All ER 1086



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►