Bagi tujuan kes-kes melibatkan tuntutan Penuntut dan/atau pekerja yang memfailkan tuntutan di Mahkamah Perusahaan terhadap majikan dan/atau Responden, Mahkamah Perusahaan telah menetapkan beberapa panduan bagi tuntutan melibatkan award dan/atau remedi bayaran gaji kebelakang (backwages).
Rujukan perlulah dibuat menurut peruntukan undang-undang khususnya di bawah Perenggan 1, Jadual Kedua, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dibaca bersama-sama dengan Arahan Amalan No 3 Tahun 2019 yang telah menyatakan dengan jelas bahawa sekiranya Mahkamah memerintahkan award remedi bayaran gaji kebelakang (backwages), maka jumlah award bayaran adalah mesti tidak melebihi 24 bulan.
Selain itu, perlulah diberi perhatian bahawa tuntutan adalah tertakluk kepada sama ada Penuntut dan/atau pekerja tersebut adalah dikira sebagai pekerja tetap atau pekerja kontrak. Kelayakan pihak Yang Menuntut untuk mendapatkan pampasan dalam bentuk gaji kebelakang juga mestilah selaras dengan had berkanun di bawah s 30(6A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan faktor-faktor yang dinyatakan dalam Jadual Kedua di dalamnya.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..