Wednesday, September 28, 2022

[1285.22] PROSEDUR MENGURUSKAN HIBAH


MAIS merupakan sebuah badan yang mempunyai bidang kuasa dan pakar dalam menyediakan perkhidmatan bagi urusan hibah terutamanya berkaitan dengan penyediaan Dokumen Perisytiharan Hibah dan pelaksanaan hibah selaras dengan undang-undang. Melalui peringkat yang betul dalam penyediaan dokumen membolehkan harta yang hendak dihibahkan boleh diisytiharkan seterusnya diagihkan. MAIS turut berperanan sebagai pemegang amanah kepada individu yang memerlukan syarat tersebut.
Permohonan perlulah dibuat dengan mengisi borang yang telah disediakan di MAIS dengan lengkap dan menyerahkan borang tersebut kepada pegawai yang bertanggungjawab bersama-sama dengan fi permohonan berjumlah RM300 bagi seorang penghibah dan setiap satu daripada harta yang dihibahkan. Permohonan seterusnya akan didaftarkan dan draf perisytiharan hibah akan disediakan. Draf tersbeut perlulah disemak dan satu tarikh bagi temujanji di antara penghibah dan penerima hibah akan ditetapkan.
Dokumen perisytiharan yang telah ditandatangani perlulah disahkan di LHDN dan pelaksanaan hibah akan dilakukan melalui badan-badan berkaitan (contoh: Pejabat Tanah dan Galian) yang kemudiannya akan didaftarkan hibah tersebut secara sah (jika melibatkan tanah). Dokumen perisytiharan turut perlu disahkan dan dokumen perlu diserahkan secara rasmi kepada penghibah dan satu salinan perlu disimpan sebaiknya.
Gambar Sekadar Hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►