Wednesday, September 28, 2022

[1283.22] SIAPAKAH SAKSI?


Saksi ialah orang yang memberikan keterangan. Jika seseorang diperlukan oleh Mahkamah untuk memberi keterangan maka dia adalah saksi. Tidak kira sama ada dia adalah pihak di dalam kes atau orang awam seperti yang diterangkan dalam kes Television Broadcasts Ltd & Ors v Mandarin Video Holdings Sdn Bhd [1983] 2 MLJ 346 di mana Hakim menyatakan bahawa:
‘A party to proceedings or for that matter, even an accused person, can be a witness if he gives evidence. In my judgment, a witness is a person who gives or “furnishes” evidence. If a person gives or is compelled by a court order to give evidence then he is a witness.’
Saksi-saksi akan dipanggil sama ada untuk menjadi saksi pendakwaan atau pembelaan. Walaupun kebiasaannya pihak pendakwaan di dalam kes jenayah dan plaintif dalam kes sivil membuktikan beban pembuktian dengan mengemukakan saksinya terlebih dahulu. Namun seksyen 173(c) dan seksyen 179(2) Kanun Tatacara Jenayah tidak menyatakan bagaimana cara saksi dikemukakan di Mahkamah. Ini sebahagian besarnya diserahkan kepada budi bicara pihak-pihak.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►