Wednesday, September 28, 2022

[1282.22] KEISTIMEWAAN KLIEN DAN PEGUAM


Sama ada komunikasi antara klien dan peguam boleh didedahkan di perenggan di dalam afidavit sokongan dan eksibit yang dipertikaikan? Ianya dilindungi daripada didedahkan dengan mengambil kira bahawa ia timbul daripada komunikasi antara pelanggan dan peguam mereka. Ini adalah di bawah keistimewaan klien dan peguam cara.
Di bawah undang-undang am, keistimewaan profesional undang-undang yang diberikan adalah mutlak. Ini berdasarkan pepatah undang-undang biasa "once privilege, always privilege". Tiada apa-apa yang dapat dikecualikan daripada melindungi keistimewaan komunikasi oleh klien dan peguam. Keistimewaan ini boleh diketepikan oleh klien apabila klien tidak menuntut untuk hak keistimewaan ini dipelihara.
Oleh itu,peguam tidak boleh mendedahkan kepada umum perkara yang dianggap sulit kepada klien mereka. Ini juga merupakan kedudukan undang-undang am “common law” yang membenarkan hanya satu pengecualian kepada keistimewaan klien dan peguam yang eksklusif dan mutlak. Tiada asas yang mengatakan bahawa keistimewaan ini tidak sepatutnya dilindungi dan dipelihara atas alasan kepentingan awam.
Kadangkala, peguam akan berfikir bahawa kepentingan awam akan menjadi alasan yang mencukup untuk menganggap keistimewaan itu bukan mutlak. Walau bagaimanapun, keistimewaan mutlak antara klien dan peguam ini tidak terjejas walaupun atas alasan kepentingan awam.
Dengan ini, keistimewaan adalah mutlak bukan sahaja apabila dia bertindak sebagai saksi dalam prosiding mahkamah tetapi juga apabila dia sendiri menjadi pihak dalam prosiding itu.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►