Monday, April 11, 2022

[1169.22] APA NAK BUAT JIKA ANDA MENGALAMI GANGGUAN YANG DISEBABKAN OLEH JIRAN


Terdapat beberapa kategori jiran iaitu jiran jenis pengotor, jiran yang gemar membuat bising, jiran yang meletakkan kenderaan sesuka hati atau buka di kompaun rumah sendiri, jiran yang melepaskan haiwan peliharaan merata-rata atau jiran yang memasang kamera litar tertutup menghala ke rumah jirannya.
Antara cara penyelesaian yang digalakkan adalah dengan bersemuka dan berbincang dengan jiran tersebut secara baik dan berhemah. Namun, jika tiada cara lain yang boleh dilakukan, maka aduan boleh dibuat kepada badan berkuasa tertentu, tertakluk kepada jenis perumahan yang diduduki.
Bagi yang duduk di hartanah berstrata seperti kondominium atau pangsapuri tu, aduan boleh dibuat kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB), kerana penduduk terikat dengan undang-undang dan peraturan bersama seperti yang ada dalam Akta Pengurusan Strata 2013. Jika tiada apa-apa tindakan dari JMB, boleh rujuk Pesuruhjaya Bangunan (COB).
Bagi yang duduk di rumah hartanah, aduan boleh dibuat kepada pihak berkuasa tempatan. Seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Failkan aduan di ruang aduan di laman web rasmi. Aduan juga boleh dihantar melalui e-mel pihak berkuasa tempatan dengan menyertakan sekali nama, nombor MyKad, alamat, nombor telefon anda dan suspek sebelum menyatakan aduan anda tu.
Laporan polis juga adalah salah satu cara jika jiran bertindak membuat bising melampau, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, boleh kena denda tak lebih RM100. Akhir sekali, boleh memfailkan kes di Mahkamah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►