Saksi perlulah berada di dalam Mahkamah sebelum prosiding bermula atau masa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah. Semasa Hakim / Majistret masuk ke dalam Mahkamah, saksi perlu bangun dan memberikan tunduk hormat, begitu juga apabila Hakim keluar dari Mahkamah.
Saksi perlu hadir ke hadapan apabila nama dipanggil oleh jurubahasa dan perhatian penuh pelulah diberikan apabila prosiding tersebut berjalan.
Dilarang membuat bising semasa Mahkamah bersidang. Telefon bimbit perlulah dimatikan atau diletak pada mod senyap dan dilarang sama sekali membuat bising atau bercakap semasa prosiding sedang berjalan, kecuali dengan keizinan Hakim.
Kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk berada di dalam Mahkamah semasa prosiding berjalan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah. Sebarang bentuk rakaman sama ada audio atau visual adalah tidak dibenarkan. Rekod prosiding atau rakaman prosiding bolehlah diperolehi daripada Mahkamah selepas prosiding telah tamat.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..