Friday, January 14, 2022

[1079.22] PROSEDUR PERMOHONAN BAGI SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN TERHADAP INDIVIDU


Pemiutang penghakiman kebiasannya akan memohon untuk suatu saman penghutang penghakiman. Pemiutang penghakiman akan memfailkan saman penghutang penghakiman di Mahkamah. Setelah itu, saman penghutang penghakiman hendaklah diserahkan secara kendiri kepada penghutang penghakiman sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan.
Seterusnya, penghutang penghakiman akan diminta untuk hadir di hadapan pendaftar untuk lihat sama ada terdapat hutang yang terhutang kepada pemiutang penghakiman, jika ada, maka perlu terangkan sebab hutang penghakiman tersebut belum diselesaikan. Selain itu, Mahkamah juga akan periksa sama ada penghutang penghakiman mempunyai harta atau berkemampuan untuk selesaikan penghakiman atau perintah. Penghutang penghakiman akan diminta untuk mengisytiharkan kemampuan kewangan dengan mengemukakan dokumen relevan yang berkaitan.
Akhir sekali, Mahkamah boleh membuat suatu perintah membolehkan penghutang untuk membayar hutang secara ansuran atau dengan apa-apa cara yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga atau empat bulan untuk ditentukan di Mahkamah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►