Monday, November 1, 2021

[1012.21] SAMA ADA NAMA INDIVIDU PERLU DISEBUT DENGAN JELAS DALAM KATA-KATA FITNAH?


Untuk sesuatu tuntutan fitnah berjaya, pihak Defendan (pihak yang menuntut) harus menunjukkan yang kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya. Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya.
Namun, tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu, kita akan terlepas daripada tuntutan fitnah tersebut.
Di dalam kes Nor Izawati Abd Rahman Lwn. Sheikh Mohd Faizal Omar [2016] 5 Mlrh 216, didapati bahawa semua saksi-saksi termasuklah keterangan defendan sendiri merujuk kepada individu yang digelar 'Ummi' sebagai plaintif. Keterangan juga menunjukkan penduduk sekitar juga dikatakan mengenali plaintif dengan nama 'Ummi'. 'Ummi' yang dirujuk di dalam slander dan libel yang dikatakan dituturkan dan ditulis defendan tersebut tanpa ragu-ragu lagi merujuk kepada plaintif.
Sebagai kesimpulan, seseorang individu tidak semestinya disebut dengan jelas dalam kenyataan fitnah. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk pada Defendan dalam kenyataan fitnah tersebut. Mahkamah juga mengatakan bahawa orang biasa yang membaca kenyataan tersebut akan tahu bahawa kenyataan adalah merujuk kepada Defendan.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►