Monday, October 4, 2021

[978.21] RIAK MUKA/ DEMENOUR SAKSI


Watak saksi adalah mereka yang akan memberikan keterangan tentang reputasi tertuduh dalam masyarakat sewaktu perbicaraan. Saksi-saksi ini akan memberikan bukti tentang watak baik tertuduh seperti jujur, ikhlas, boleh dipercayai, dan sebagainya.
Watak baik tertuduh biasanya diperkenalkan oleh pihak pembelaan dalam suatu perbicaraan jenayah. Tujuan pihak pembelaan mengemukakan saksi-saksi mengenai watak baik adalah untuk memberikan tertuduh faedah kesangsian.
Faedah kesangsian ini bertujuan untuk menimbulkan keraguan tentang kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Keterangan tentang watak baik tertuduh itu akan menunjukkan bahawa tertuduh adalah seseorang yang tidak berniat untuk melakukan jenayah tersebut. Ia adalah untuk menegakkan prinsip bahawa tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya.
Walau bagaimanapun, terpulang kepada mahkamah untuk menentukan atau menggunapakai karakter atau bukti watak baik tertuduh. Tertuduh berhak diberikan suatu pembebasan sekiranya, setelah mahkamah menilai serta meneliti kesemua bukti yang berkaitan dengan kes itu, WATAK YANG BAIK menimbulkan keraguan yang munasabah tentang jenayah yang dilakukan oleh tertuduh.
Sebaliknya, Mahkamah hendaklah menyabitkan tertuduh sekiranya mahkamah mendapati segala dakwaan terhadap tertuduh dapat dibuktikan sehingga tiada keraguan yang munasabah, walaupun tertuduh mempunyai perwatakan yang baik.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►