Monday, October 25, 2021

[1002.21] SCAM GUNA LETTERHEAD PEGUAM


Banyak scammer guna nama peguam dan letterhead ciptaan mereka bagi dapatkan duit termasuk kutip hutang.
Cuma nak bagitahu, jika melibatkan peguam sila pastikan ia benar-benar asli dengan langkah berikut:
1. Anda boleh layari laman web www.malaysianbar.org.my kerana di sana ada nama peguam dan firma guaman berlesen serta alamat pejabat-pejabat mereka;
2. Telefon dan bertanya terus kepada peguam/firm guaman;
Pengalaman kami bukan sahaja local, tetapi pernah digunakan di England dan Australia. Pendek kata, maqam kami international dah, ada lagi scammer local nak guna nama kami.
Harap check dulu sebelum nak maki peguam.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►