Thursday, July 22, 2021

[936.21] ANTARA PERKARA MEMBOLEHKAN CERAI FASAKH


Fasakh ertinya pembubaran nikah antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim) disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Perceraian dengan sebab fasakh menyebabkan hubungan perkahwinan mereka terputus. Mereka tidak akan dapat kembali semula sebagai pasangan suami isteri kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun bekas isteri masih di dalam iddahnya.
Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Mazhab Shafi‟iyy berpandangan sekiranya berlaku fasakh, dan wanita tersebut hamil maka dia berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal secara mutlak. Hal ini kerana dia perlu memberi perhatian yang lebih pada kehamilannya yang merupakan hasil daripada sebuah perkahwinan.
+60109647961
Subang Jaya


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►