Thursday, July 8, 2021

[911.21] KESALAHAN MEMILIKI HAIWAN TERLINDUNG


"Jika kita didapati bersalah menjual haiwan yang dilindungi walaupun kita tak tahu haiwan tu dilindungi (sejenis burung liar) adakah kita boleh bela diri?"
Ada haiwan yang dilindungi daripada dimiliki, diburu dan dijual. Ada haiwan yang jelas diketahui seperti harimau, beruang, rusa dan sebagainya. Manakala ada juga haiwan kekadang tidak diketahui oleh orang awam bahawa ia haiwan terlindung.
Namun Malaysia menggunapakai pakai maxim "Ignorantia juris non excusat" yang bermaksud alasan tidak mengetahu perundangan adalah bukan alasan yang kukuh dan boleh diterima perundangan.
Samada ia boleh dibela diri di Mahkamah atau tidak, ia boleh dibela sudut fakta dan teknikal dengan peguambela yang baik.
Cuma dalam kesalahan ini, pihak PERHILITAN biasanya akan menawarkan kompaun bagi kesalahan tersebut. Jika gagal menyelesaikan kompuan, maka pendakwaan akan dibuat.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►