Sunday, July 4, 2021

[907.21] PEMGAMBILAN ANAK ANGKAT DARI SUDUT PERUNDANGAN



Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (De Facto) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara dan hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Akta ini bertujuan bagi mendaftarkan anak angkat De Facto di mana seseorang kanak-kanak berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh seseorang atau pasangan suami isteri secara bersama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan dibuat. 

Pengangkatan ini termaktub di bawah Akta 253 dan terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan bukan Islam. Pengambilan anak angkat di Malaysia tertakluk kepada Seksyen 6 (1) Akta 253. Menurut akta tersebut, ibu bapa angkat dan anak yang ingin diambil haruslah memenuhi kriteria yang berikut:
i. Salah seorang daripada ibu bapa angkat adalah warganegara Malaysia atu mempunyai taraf penduduk tetap.

ii. Ibu bapa angkat mesti berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada bayi yang ingin dijadikan sebagai anak angkat.

iii. Pasangan suami isteri wajib memiliki dokumen perkahwinan yang sah

iv. Surat Akuan Berkanun. Ibu bapa angkat telah mendapat keizinan pengangkatan daripada ibu bapa atau penjaga bayi berkenan

v. Perintah mahkamah. Sekiranya tiada keizinan dari ibu bapa kandung, pengangkatan boleh dilakukan melalui perintah mahkamah atau laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

vi. Permohonan mengambil anak angkat perlu dikemukakan di pejabat JPN dalam daerah  ibu bapa angkat bermastautin.

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Bandar Saujana Putra 06/2021

1 komen:

abtinlascola said...

You additionally acknowledge that your agreement to receive these messages isn’t required as a condition to buy goods or companies. MGM Grand Las Vegas provides textual content alerts to customers interested in receiving property reductions as well as|in addition to} event and information related to MGM Grand Las Vegas. A message shall be despatched 예스카지노 to your mobile system for verification.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►