Thursday, July 1, 2021

[897.21] PANDANGAN BERBEZA KEPADA POIN RAYUAN JENAYAH


Dalam bekerja di bidang perundangan jenayah. Ada kes rayuan peguam lain saya kendalikan. Dengan sedikit pengubahsuaian, rayuan kemudiannya dibenarkan di hadapan korum hakim yang lain. Panjang umur anakguam bila bebas tali gantung.

Begitu juga ada kes rayuan yang saya sendiri bermatian menegakkan point hujahan/rayuan tetapi tidak dipersetujui dan bukan isu yang vital untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan berkenaan.

Namun apabila di rayu di Mahkamah Persekutuan dengan isu perundangan yang berkait poin yang sama, Mahkamah membenarkan rayuan. Peguam terdahulu tidak lagi relevan (aduh!), tetapi kita perlu sedar bahawa hujahan dan pandangan kita mungkin tidak diterima masa ini tetapi ia suatu poin yang tepat dan penting untuk diketengahkan. 

Jangan berkecil hati, pentingnya kita melakukan tugas dengan baik selaku peguambela.

Hisham Nazir
+6010-9647961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►