Wednesday, June 30, 2021

[891.21] RANCANG PERNIAGAAN ANDA DENGAN TUNTUTUTAN PERUNDANGAN SEAWAL MUNGKIN


Dalam satu diskusi, seorang tokoh perniagaan kata kos kewangan bagi gaji pekerja bulan ini ialah RM80k. Hampir sebahagian pekerja telah dikurangkan pada awal bulan lalu.

Tidak termasuk komitmen di project site yang sewaan mesin sahaja RM120k sebulan. Komitmen hutang kepada bank, sub contractor dan lain-lain pula cecah RM100k sebulan. 

Namun ada beberapa project masih berhutang dalam RM4j kepada beliau. Beliau menyesal tak mulakan tindakan perundangan lebih awal utk tuntut hutang berkenaan. [Peguam dah pesan]

Untuk komit dalam RM50k di dalam akaun, dia kata nak menangis. 

Sedih akaun kita, sedih lagi orang lain. 
Besar masalah kita, besar lagi masalah orang lain. Kalau kita tidak menyumbang utk bangkit, kita akan rugi. 

Kemudian netizen komen negatif di Medsos, PKP pun murung, sedih, bunuh diri bla.. bla.. bla..

Merancang dengan baik untuk menuntut hutang syarikat semasa keadaan kewangan syarikat masih kukuh adalah satu tindakan yang baik.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►