Wednesday, June 30, 2021

[886.21] MENGENEPIKAN PENGHAKIMAN INGKAR

 
Mahkamah ini juga akur dengan prinsip bahawa mahkamah mempunyai budibicara yang mutlak untuk mengetepikan penghakiman ingkar atas permohonan Defendan. Walau bagaimanapun Mahkamah tidak akan mengetepikan penghakiman ingkar melainkan Defendan berjaya membangkitkan:

(1) Penghakiman yang diperolehi itu tidak teratur (irregular) (rujuk Sockalingam Chettiar & Ors v. Somasundram Chettiar [1940] 1 MLRH 688);

Isu 1 ini berkait dengan isu sama ada penyampaian Writ Saman dan Penyataan Tuntutan Terpinda ke atas Defendan Pertama teratur. Untuk memutuskan sama ada Penghakiman Ingkar Kehadiran yang diperoleh plaintif mengikut peraturan atau tidak, Mahkamah ini hendaklah memastikan bahawa prosidur yang terpakai di dalam prosiding tindakan sivil adalah dipatuhi. Setelah menerima salinan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang termeterai dari mahkamah, Plaintif perlulah menyempurnakan serahannya ke atas Defendan Pertama bagi membolehkannya memfailkan kehadiran dan seterusnya memfailkan Pernyataan Pembelaan atau permohonan lain yang berkaitan.

(ii) Mempunyai pembelaan yang bermerit (defence on merit means a defence which discloses an arguable and triable issue (rujuk White v. Weston [1968] 2 QB 647) 

Seterusnya, bagi isu kedua ini Mahkamah perlu menimbangkan sama ada Defendan Pertama mempunyai pembelaan yang bermerit atau Defendan Pertama dapat membangkitkan sebarang isu yang perlu dibicarakan. Bagi tujuan tersebut, tuntutan Plaintif sebagaimana yang dinyatakan di dalam pernyataan tuntutan dan keterangan-keterangan afidavit kedua-dua pihak perlu diteliti. 

iii) Kelewatan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran

Dalam kes Fira development Sdn Bhd v. Goldwin Sdn Bhd [1988] antara lain:

"Any application to set aside judgment in default must be made within a reasonable time. Inordinate delay may defeat the application." 

Zahirah Bahari 
+6010-9647961 
Selangor 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►