Tuesday, June 29, 2021

[879.21] PERCANGGAHAN KETERANGAN SAKSI KEMALANGAN



Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa jika terdapat dua versi kemalangan yang berbeza, versi mana yang "probable" akan ditentukan berpandukan keterangan senyap sebagaimana yang diputuskan oleh nas duluan dalam kes Lee Ewe Teik v. Ariffin Hussain [1990] 1 MLRH 664 yang menyatakan:

In such a situation where the plaintiff rider and the driver have given two diametrically opposite versions as to how the collision occurred, the photograph, plan and measurements of the scene, and the nature of the damage to each vehicle must provide the most reliable guide by which their versions can be tested.  
 
Di dalam kes RATNAM N SAMUNATHAN lwn. DANIAL ASYRAF DESNAWI & SATU LAGI; NURULAINI MAHMUD (PIHAK KETIGA) [2017] PILRU 55, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan dan versi yang diberikan oleh plaintif ini disokong oleh gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan motorsikal yang ditunggang oleh plaintif dan motorkar yang dipandu oleh pihak ketiga.

Mahkamah ini juga yakin bahawa dapatan untuk menolak keterangan defendan adalah wajar. Ini adalah kerana mahkamah ini mempunyai kelebihan "audio-visual" dalam menilai dan menimbangkan kredibiliti saksi - 15 saksi dan keseluruhan keterangan di hadapannya. 

Pendekatan ini selaras dengan penjelasan dan pendekatan yang dibuat oleh Gopal Sri Ram JCA (ketika itu) di dalam kes Commercial Union Assurance (M) Sdn Bhd v. Ng Chek Hung (and Another Appeal) [1997] 1 MLRA 239

“The totality of Mr Royan's attack against the learned judge's finding against the first ground is really based on judicial appreciation of evidence to which the audio visual advantage rule applies.”

Zahirah Bahari 
60109647961
Bandar Saujana Putra 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►