Tuesday, June 29, 2021

[878.21] AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990



Telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019, seterusnya diwartakan pada 18 Sept 2019. 

Penambahbaikan Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 itu antara lain meliputi standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas bagi rumah dan pekerja serta elemen keselamatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh majikan.

Beberapa kes kluster tapak bina telah dikesan di Kuala Lumpur, menunjukkan bahawa warga asing adalah golongan yang berisiko untuk dijangkiti COVID-19. Budaya menginap secara beramai-ramai atau bersesak-sesak dalam satu unit kediaman selain tahap kebersihan premis yang kotor, penguatkuasaan Akta 446 (Pindaan) 2019 dijangkan akan dapat mencegah penularan wabak penyakit selaras dengan saranan Syor 115 (Syor Perumahan Pekerja 1961) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Bagi majikan yang gagal mematuhi Akta 446 ini mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 bagi setiap pekerja. Walau bagaimanapun denda hanya akan dikenakan sebagai penyelesaian terakhir. Hal ini bagi membolehkan pihak yang berkaitan untuk memberi kesedaran dan mendidik semua majikan terlebih dahulu agar mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
 
Zahirah Bahari Zahirah Bahari
+60109647961
Bandar Baru Bangi 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►