Friday, June 25, 2021

[868.21] BOLEH PEGUAM JADI SAKSI AFIDAVIT KEPADA KLIEN



Dirujuk kepada Peraturan 28 Legal Profession 
(Practice & Etiquette Rules) 1978 antara lain menghalang peguambela dan peguamcara hadir sebagai peguamcara atau peguambela bagi suatu kes yang mana beliau tahu ia merupakan antara saksi kepada kes berkenaan.

Antara halangan kepada peguamcara bagi menandatangani selaku deponen afidavit bagi pihak klien boleh dikatakan daripada peruntukan ini. 
Rujuk - Lim Liah Wee vs. PP [2021]

Namun beberapa pengecualian baginya seperti di dalam kes Malayan Banking Bhd vs. Charterefield Corporation Sdn Bhd [2001] antara lain YA Ramly menyatakan ia dibolehkan jika (1) peguamcara dibenarkan untuk menandatangani afidavit berkenaan; (2) Terhad kepada fakta yang diketahui peguamcara; (3) Fakta bukan bersifat dipertikaikan; 
(4) Fakta yang dideposkan mestilah di dalam pengetahuannya.
Rujuk juga - Sivananthan a/l Jagananthan VS. The Yee Fun [2003]

Selain itu ia juga tidak bertentangan dengan Aturan 41 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Pendek kata, peguamcara dan peguambela dibolehkan menandatangani afidavit bagi pihak klien.

Biasanya afidavit yang terlibat ialah afidavit yang melibatkan klien di bawah tahanan khas atau kesukaran untuk mendapatkan tandatangan dengan kadar segera atas sebab ditahan reman atau hukum. Namun diingatkan bahawa pihak Penjara menawarkan khidmat pesuruhjaya sumpah bagi penjara di bawahnya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►