Thursday, June 24, 2021

[861.21] BANTAHAN AWAL



"Tuan, Peguam lawan ada masukkan bantahan awal, bantahan awal ini apa?"

Bantahan Awal adalah bantahan kepada pihak lawan atau mana-mana pihak tentang isu teknikaliti yang menjadi asas kepada keesahan atau kemampuan prosiding diteruskan. (Diterangkan dalam bentuk mudah. Lain situasi lain penerangannya).

Antara isu teknikaliti mudah yang dibuat bantahan ialah isu salah teknikal prosiding, salah method, salah pihak, salah peruntukan undang-undang dan sebagainya.

Bantahan Awal perlu dibuat secara bertulis jika merujuk kepada ketetapan Majlis Peguam dan kebanyakan ruling Mahkamah. Selain bertulis, ia perlu disebutkan alasan dan sebab (nature) secara jelas bagi membolehkan pihak yang menerima faham dan boleh bersedia untuk menjawab. Bagi serahan kepada peguam, ia perlu dibuat lebih awal 2 hari bagi memastikan penerimaan dan persediaan menjawabnya.

Bantahan Awal tidak memberhentikan prosiding dan tanggungjawab pihak di dalam Mahkamah untuk melaksanakan apa-apa arahan seperti menjawab afidavit, memfailkan kertas kausa, tindakan-tindakan lain kecuali terdapat dapatan (ruling) atau arahan daripada mahkamah berbuat sedemikian.

Gambar sekadar hiasan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►