Thursday, May 27, 2021

[857.21] MASALAH LITIGASI BILA TEMPOH MASA LUPUT


Ada satu masalah. Keluarga ini mempunyai masalah berkaitan tanah dan beberapa isu syarikat dan kekeluargaan. Semuanya berkaitan dan malah keluarga mereka yang lain juga mempunyai masalah yang sama dan telah melalui litigasi sehingga Mahkamah Persekutuan (katanya). Nasib baik non muslim, faraid tidak terlibat.
Beberapa tahun lalu, ada nasihat kami diperlukan. Tetapi ingin jimat duit konsultansi, hanya di telefon dan agak kecewa bila tidak semua saya boleh nasihatkan kerana tiada masa dan keperluan untuk kami teliti dokumen asas melalui telefon. Kemudiannya kami dimaklumkan seorang peguam telah dilantik dan nasihat saya tidak tepat. Tidak mengapa, setiap peguam ada pengalaman tersendiri. Peguam lebih junior itu dibayar agak banyak atas nasihat yang meyakinkan mereka.
Setahun lepas itu, ada panggilan mereka menanyakan masalah dan penyelesaian yang tidak dapat saya bekalkan atas sebab keengganan mereka melalui proses konsultansi yang rasmi dan lebih beradab dengan situasi mereka telah melantik peguam. Sebab ini dapat komen-komen jelek di beberapa internet. Tak marah pun.
Tahun ini baru tahu, proses litigasi daripada keputusan dan tindakan satu badan tidak pernah dibuat yang memberikan mereka masalah sebenarnya. Kali ini mereka mengakui bahawa nasihat 'kes ini panjang' yang saya berikan benar dan patut.
Pendek cerita, saya nasihatkan bahawa jika tarikh rayuan atau Semakan Kehakiman telah luput maka masih boleh diteruskan litigasinya melalui prosedur tertentu termasuk leave tetapi peluangnya amat tipis sudut faktor masa dan alasannya.
Litigasi sivil tidaklah semudah jenayah dalam perkara ini. Jika Mahkamah mudah memberikan hak untuk meneruskan litigasi walaupun tarikh luput, ini akan membuka "flood gate" kepada sistem perundangan negara. Manakala kes jenayah dimudahkan sedikit atas hak awam kepada keadilan dibicarakan. Dimudahkan sedikit bukan bermakna ia mudah. Mohon fahami elok-elok.
"orang awam seperti kami tidak faham"
Benar, penulisan kami juga bukan setakat mendidik netizen tetapi mendidik dan menegur kami semua sebagai peguam secara sindiran.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►