Thursday, May 27, 2021

[856.21] TAKZIAH BUAT MANGSA KEMALANGAN LRT


"Boleh claim gantirugi ke atas kemalangan LRT semalam?"
Pihak kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah buat mangsa dan keluarga tragedi LRT Kelana Jaya di sekitar KLCC semalam.
Semoga semua tabah dan diberikan kesembuhan. Namun, ada bertanya tentang gantirugi. Keluarga mereka barangkali.
Terdapat beberapa gantirugi dan tuntutan boleh dibuat. Antaranya;
Pertama, Tuntutan insuran peribadi - jika mangsa yang terlibat mempunyai insuran peribadi. Tertakluk kepada syarat dan terma di dalam polisi mereka ambil.
Kedua, Tuntutan insuran syarikat - Jika syarikat mengambil insuran berkelompok bagi pekerja mereka. Tertakluk kepada syarat dan terma di dalam polisi mereka ambil.
Ketiga, Tuntutan Insuran syarikat yang bertanggungjawab kepada LRT - Jika mereka ada menyediakan insuran bagi kemalangan dan malapetaka di dalam perjalanan perniagaan mereka sebegini.
Keempat, Gantirugi khusus daripada Syarikat yang bertanggungjawab kepada LRT - Syarikat boleh memberikan gantirugi secara khusus. Biasanya dibuat jika dituntut mangsa.
Kelima, Tuntutan lain-lain insuran - Jika ada oleh badan tertentu yang terlibat dan bersangkutan dengan jenis pengangkutan dan syarikat berkenaan.
Keenam, Tuntutan Sivil - Boleh dibawa ke mahkamah untuk tuntutan berkenaan jika tiada pampasan / gantirugi diberikan. Ini termasuk kesemua perkara di atas jika tidak diberikan gantirugi ke atas tuntutan atau tuntutan tidak berpatutan.
Itu sahaja bagi penerangan ringkas. Terima kasih.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►