Tuesday, May 18, 2021

[854.21] EMOSI KES JENAYAH


Ada rakan peguam tanya, bila mengendalikan kes jenayah terutama kes besar melibatkan hukuman mati maka peguam seperti kami akan sukar tidur malam. Takut dan gemuruh dengan penuh emosi atas kerja pembelaan tersebut.
Sebenarnya awal penglibatan sebagai peguam jenayah, dah cukup dilatih dalam mengimbangi profesionaliti dalam kerja. Maka tidur malam dan kerja seperti biasa. Tiada apa yang berbeza. Cuma sebagaimana manusia, emosi dalam kes sebegini bukan dalam kerja tetapi apa berlaku semasa mengendalikan fail ini.
Agak emosi apabila ibu merayu-rayu mendapatkan pembelaan dan perbicaraan yang baik kepada anaknya. Si Bapa juga sedemikian dan tangis dalam diam. Manakala anak yang meringkuk reman di penjara masih tidak memahami kesukaran hati ibu bapa mereka.
Emosi apabila adik beradik, anak-anak dan rakan-rakan menjauhi diri daripada mereka setelah ditangkap. Sebaliknya hanya ibu tua yang lesu tua dan tidak mempunyai kewangan yang baik sentiasa menemani.
Emosi apabila si isteri menelefon kami menyatakan kebimbangan dan rasa sayang kepada suami mereka di penjara dan menanti bicara kes hukuman gantung, dalam masa yang sama memohon kepada Tuhan dan kami selaku peguam agar suaminya dipenjara lama. Mereka katanya tenang tanpa suami walaupun masih sayang.
Setiap mereka mempunyai emosi berbeza, hidup ini bukan sekadar mencari wang dan kerja. Ia mengajar kita banya perkara. Hanya dengan cara kita memandang, kita akan faham.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►