Friday, April 30, 2021

[843.21] HADIR MAHKAMAH UNTUK PERTUDUHAN TIDAK BERGARI DAN BERBAJU BIASA


"kenapa orang lain datang bergari dia tidak, double standard"
Atas komen saya mengenai isu undang-undang mengenai kes bodyguard tempohari, ramai tidak berpuashati dan mengeluarkan respon mencerca bangsa dan agama. Apa pun ada yang mesej saya bertanya persoalan undang-undang dan mereka faham. Bukan nak back up polis, tetapi netizen perlu faham banyak isu perundangan agar tidak salah faham. Tetapi ramai yang faham tetapi tidak memahamkan pihak netizen atas kepentingan]
Apabila polis membawa individu untuk pendakwaan di Mahkamah, semua individu itu tidak perlu bergari. Malah prosedurnya tidak perlu digari.
Jika ia digari, maka ia hadir di dalam keadaan tahanan reman. Maksudnya ia ditahan atau ditangkap dan di dalam jagaan polis. Maka adalah SOP untuk polis mengawal tahanan termasuk menggarinya. Malah pergerakan tahanan juga perlukan pengiring.
Jika tidak bergari, maka ia dibawa ke Mahkamah dalam keadaan bukan sebagai tahanan. Samada ia direman atau ditahan biasa atau khusus untuk pendakwaan. Maka tiada keperluan SOP untuk diiringi penguatkuasa dan bergari.
Manakala tahanan reman memang perlu dihadirkan dengan berbaju biasa walaupun ia dibawa daripada penjara ditempat tahanan reman sepanjang bicara. Baju lokap boleh dikenakan jika perlu seperti baju tidak sesuai, baju kotor, hilang, koyak dan sebagainya. Benar bahawa polis boleh sahaja memakaikan baju lokap kepada tahanan reman tetapi keperluan baju tidak mencukupi untuk mewajibkannya dengan kapasiti tangkapan. Berlainan situasinya dengan tahanan SPRM.
Semoga bermanfaat.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►