Tuesday, April 20, 2021

[835.21] KREDIBILITI SAKSI SELEPAS DIPANGGIL MEMBELA DIRI


Mahkamah sebelum memutuskan bahawa terdapatnya prima facie kepada pertuduhan, Mahkamah perlu menentukan bahawa kredibiliti saksi adalah mencukupi dan berpuashati dengannya.
Apabila Mahkamah memutuskan bahawa prima facie berjaya ditimbulkan dan OKT perlu membeladiri, mahkamah secara tidak langsung mengakui bahawa kredibiliti saksi adalah memuaskan hatinya dan dengan keterangan yang ada, cukup untuk mensabitkan OKT jika beliau berdiam diri.
Apabila keterangan pembelaan diberikan, penilaian maksima bagi memutuskan kes di tahap melampaui keraguan munasabah perlu dibuat oleh Mahkamah tetapi tidak boleh menyentuh isu kredibiliti saksi pendakwaan.
Antara banyak kesilapan dan kita cuba hujahkan agar mahkamah tidak terkhilaf dengan menilai kredibiliti saksi cukup dan memuaskan untuk satu sabitan. Atau mengelakkan semata-mata perbandingan keterangan pembelaan semata-mata sedangkan pertimbangan keterangan pendakwaan adalah tidak mencukupi untuk sabitan.
Isu kredibiliti yang perlu di ambilberat.
Rujuk: Mat v. PP [1963] , PP vs. Prabu Nadaraja [2019]


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►